Thursday, October 23, 2008

BUDGET ALTERNATIF: AFP MUSTAHIL ARIF PASAL BUDGET MALAYSIA

Ya Allah Ya Rabbil Al'amin, Selamatkan Malaysia Dari Penganiayahan Asing"

Barangkali anda akan skip membaca soal Budget Malaysia kerana ia dibentang berjam-jam lamanya dan dibahas berhari-hari. Kemudian pihak pembangkang diberi peluang membahas mengenai usul Perbekalan itu. Kemungkinan anda tak mahu membuang masa membacanya, lalu mahu mendengar ulasan dari kaca TV anda dan membuat "judgment" ke atas ulasan para pakar ekonomi atau pakar sosial yang memperinci budget itu. Sekurang-kurangnya, anda mendengar dan mula berharap sesuatu yang baik akan berlaku bila pelaksanaan budget itu mengambil tempat.

Terlalu menginginkan "second opinion" mengenai budget 2009, saya telihat posting dari Blog YB Dato Seri Anwar Ibrahim bertajuk "Malaysia's Anwar Proposes Alternatif Budget" daripada AFP, Agency France-Presse, BUKAN Association for Financial Professionals -Petikan pendik seperti berikut:-
.

".........However, his budget proposals are unlikely to be accepted by the Barisan Nasional coalition government which control two-thirds of the house and does not normally work with the opposition in formulating laws and policies....."
.

Perkara yang amat memeranjatkan saya ialah penyataan yang mengatakan bahawa KONONNYA cadangan Buget DSAI kemungkinan tidak akan diterima oleh kerajaan Barisan Nasional yang menguasai DUA PERTIGA kerusi di Parliment. Ini membuat saya kehairanan. Penulis tidak tahu dan tidak faham kedudukan Parlimen Malaysia tetapi "berlagak arif mengenai buget Malaysia 2009. Soalnya, Mengapa pula ia disiarkan dalam blog seorang yang mengaku arif dan pakar ekonomi,urustadbir negara dan politik Malaysia?
.
Bila penulis dari AFP beraksi sebagai "Pakar Budget Malaysia" tetapi dengan tiba-tiba kita dapati penulis dari AFP itu tidak tahu langsung bahawa BN tidak menguasai 2/3 kerusi parliment Malaysia, saya terus meragui idea Budget itu. Saya tidak fanatik, tetapi saya membuat kesimpulan: MANA MUNGKIN ORANG YANG TIDAK TAHU KEDUDUKAN PARLIMENT MALAYSIA LEBIH FAHAM MENGENAI KEDUDUKAN BUDGET MALAYSIA YANG LEBIH RUMIT DAN PERLUKAN PENGAMATAN PROFESSIONAL TEMPATAN. Kerana itulah saya pernah menulis "Peralihan kuasa Kita Lebih Arif" dari orang asing. Atau mungkin AFP hanya diperalat?.
.
Saya kira penulis artikal mengenai budget alternatif itu adalah "orang asing" yang diterima bulat-bulat artikalnya, ideanya dan cercaanya asalkan ianya anti Budget Kerajaan Malaysia, anti cadangan kerajaan Malaysia atau anti Malaysia.
.
Rakyat Malaysia yang tercinta, jangan biarkan kita dipesongkan (mislead) oleh anasir yang ternyata mempunyai bukti dan pertanda sekadar memburuk-burukkan Negara kita. Pertanda itu cukup "terang lagi bersuluh" satu "MUSLIHAT".

3 comments:

JomoSama `2 Are Run said...

Salam...
Ini semua mesti `cut and paste' punya cerita brader... orang asing ni biasa buat kerja macam tu...kisah negara kita ni bukanya kisah hangat, berbanding dengan cerita Obama Vs Redneck, atau cerita nuklear Iran... kisah negara kita ni hanya cerita selingan saja..untuk melengkapkan mukasurat akhbar mereka ja!! jadi..janganlah risau sangat dengan karenah mereka dan si Anwar tu...( Professor d Amerika tu..alahai lucunya.)
Anwar dan Parti PAKAR KELENTONG RAKYATnya akan terus dengan agenda mat jenin mereka, demi mengisi masa mereka sebagai wakil rakyat, untuk dijadikan alasan kepada rakyat sekiranya mereka ditanya akan sumbangan mereka sebagai wakil rakyat nanti...
So simple but not smart enough to fooled the rakyat...

Anonymous said...

An War tak kisah, asal sokong dia, dia lantak jee. Dia tak baca pun. Tu Hindraf dah haram, An War sokong juga..mentang mentang Depavali dah hampiak Hindraf mengamuk lagi. Well pan to instigate Tamil...Kata dia orang miskin, tapi yang balik-balik demonstrasi ini boleh jadi kaye kee. Sape bayar gaji buat demo.An War kee?

I Yakin kalau tak ada An War yang selalu menjadi sandaran Hindraf mereka takkan terus buat hal. Ini An War di belakang tadbir.. Sampai bila..itulah An War asal sokong dia tak ape, Yahudipun tak pe..I tengo GMA philipinespun sokong An War. Ini sat kegelojohan nak jadi PM.

Pejuang... said...

Bagi saya, soal budget ni tidak salah kalau ada orang lain mengemukakan ideanya, contohnya seperti yang telah diterangkan(budget alternatif tu). Kalau iyanya baik kita ambil kalau tidak nda kesah la..

"Politk is arts of posibble" semua benda boleh berlaku dalam politik, klu nak kata pasal Anwar Ibrahim ni kaki bangkang kerajaan ya itu terpulang pada dia..

UMNo sekarang ni klu betul2 kita teliti memang banyak kerosakannya.. Politik wang bermaharaja lela... Macam mana cari pemimpin yang boleh bawa negara kearah kebaikan kalau kuar rasuah!!! Ahli UMNO sendiri mengakui perlakuan2 pemimpin2 ini... "sudah terang lagi bersuluh" carilah pemimpin yang betul2 pemimpin... bukan kerana wang ringgit yang disogok kita sokong dia jadi pemimpin kita... hancur negara kita nanti kalau macam ni..

Yang salah kita betulkan...

Sekadar berkongsi....

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)