Sunday, September 21, 2008

Mampukan SAPP Merintis Jalan?


Bendera SAPP. Matahari terbit salah satu lambang kemegahannya.

Bekas ahli-ahli SAPP yang meninggalkan parti itu kerana tidak setuju SAPP keluar BN. 15 daripada 17 cawangan SAPP di Sandakan mengistyiharkan memilih untuk bersama Raymond Tan Su Kiah yang ingin bersama Barisan Nasional. Apakah "Vehicle" Tan Su Kiah bersama BN?

Memang ramai yang terkejut dahulu apabila Datuk Yong Teck Lee menyuarakan kemahuannya untuk "SAPP menyokong Undi Tidak Percaya ke atas kepimpinan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi". Bagi kebanyakan, Yong adalah penyanyi lagu "Barisan Nasional dan Wawasan 2020" yang amat merdu.

Namun bila irama lagu Yong sudah tidak senada dengan BN dan mula menyanyi "lagu lain", maka tindakan Yong dan SAPP keluar dari BN bukan lagi satu perkara yang memberi "kejutan". Malah kalau SAPP dan Yong "stay" dalam BN, merupakan satu yang amat "menghairankan". Awal-awal lagi pernah saya katakan bahawa Yong memang "cari pasal" untuk keluar dari BN. Perencanaan Yong dan SAPP ialah untuk membiarkan BN menyingkirkan SAPP sebagai ahli komponen BN. Namun rencana Yong tak menjadi.
.
Semasa krisis Tan Sri Chong Kah Kiat-YAB Datuk Musa Aman yang bertolak dari hal dan soal pembangunan dan penswastaan Pulau Sipadan, kemudian, diikuti oleh Isu Ma Tzu, Yong lebih "cekap" menjalinkan sillaturrahim dengan Datuk Musa. SAPP masa itu menyokong tindakan Datuk Musa menentang TS Chong Kah Kiat dengan program Ma Tzunya. Datuk Raymond Tan Su Kiah sering menjadi jurucakap SAPP menentang gagasan Ma Tzu TS Chong Kah Kiat.
.
Kini, Yong Teck Lee telah menconteng arang ke muka Musa Aman. Yong telah menentang BN sekaligus menentang Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi BN Sabah, Datu Musa Aman. Yong meninggalkan BN dalam keadaan dan saat-saat BN amat memerlukan sokongan semua parti-parti komponen Barisan Nasional. Barangkali masa ini Datuk Musa Mula terkenangkan Chong Kah Kiat yang menyokong dan membelanya untuk menjadi Pengganti menyandang jawatan Ketua Menteri Sabah dahulu?.
.
Meninggakan Barisan Nasional semasa dan pada saat-saat BN amat memerlukan sokongan padu dan bantuan semua komponen Barisan Nasional adalah satu tindakan "betrayal".

Soalnya kini, benarkah Yong Teck Lee dan SAPPnya memiliki kemampuan untuk menggoncang kemampun BN Sabah?.

Raymond Tan Su Kiah, Au Kam Wah dan Jimmy Wong adalah pemimpin kanan SAPP yang menentang tindakan Yong dan SAPP meninggalkan BN. Mereka bertindak meninggalkan SAPP. Ketua Penerangan SAPP, Chong K. Fah mengecam Tan Su Kiah sebagai "ungreatful". Namun Tan Su Kiah mampu bertanya semula "Siapa yang real and really ungreatful?"

Daripada 17 cawangan SAPP di Sandakan, 15 cawangan telahpun meninggalkan SAPP. Kini SAPP mula dilanda bencana politik dalaman. Selain itu SAPP pula terpaksan menghadapi "parti pengganti" yang terdekat iaitu LDP, MCA, PBS dan Gerakan. Walaupun parti-parti ini tidak ghairah apabila SAPP meninggalkan BN namun kini parti-parti ini mula menghias pintu parti mereka. "pintu parti mereka dibuka seluas-luasnya" bagi menyambut kemasukan bekas ahli-ahli SAPP. Tambahan pula di Sabah kerusi majoriti pengundi Cina hanyalah; Kerusi ADUN Negeri 9 daripada 60 kerusi manakala di peringkat parlimen hanyalah 5 daripada 25 kerusi). Inilah kawasan yang menjadi perebutan di antara SAPP (DAP,PKR??) VS. (MCA, LDP, Gerakan dan PBS). Sudah pasti tidak mampu menggugat BN secara keseluruhan.

Tun Dr Mahathir Mohammad pernah mengatakan bahawa "tiny parti like SAPP" tidak akan mampu mendesak PM untuk berundur dari jawatannya. Dalam erti kata yang lain, SAPP sudah pasti tidak mampu mengguggat kedudukan BN. Tindakan SAPP sekadar dilihat sebagai merintis jalan

Apabila cawangan-cawangan SAPP mula membubarkan cawanganya; seperti yang berlaku di Sandakan, sudah pasti SAPP mengalami bencana politik. SAPP memangnya dikatakan berpecah. oleh itu SAPP sebagai sebuah parti bebas akan berhadapan dengan parti-parti komponen. Lebih malang bila terpaksa berhadapan dengan bekas-bekas ahli partinya. Pilihanraya pula masih jauh dan terlalu lama lagi akan menjelang. tidak ramai yang "excited" berpolitik kecuali "orang macam Anwar". Agaknya SAPP untuk seketika akan terpaksa menghadapi krisis dalamnya secara solo. Tersilap langkah dan strategi parti matahari terbit itu akan terpaksa mula melihat senja dan dan menerima hakikat bahwa matahari yang terbit pasti akan terbenam.
.
15 out of 17 SAPP branches in Sandakan opt to follow Tan in staying with Barisan
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/9/21/nation/2085075&sec=nation

1 comment:

solymone said...

Saudara Sabah-Kita,
Assalamualaikum dan selamat berpuasa,
Dengan izin saya tertarik juga untuk menyumbangkan pendapat saya dalam blog saudara yang berwarna cerah ini.

Topik “ Mampu kah SAPP merintis Jalan?
Rasa nya bukan susah sangat untuk menjawab persoalan yang saudara syorkan. Tetapi kerana terlalu banyak cerita sampingan yang saudara huraikan , maka terpaksa lah juga saya mengulas dengan lanjut. Kalau tidak, nanti penulisan kita di katakan tidak berkualiti lah pula. Saperti tuliskan Jake of KB. Penulis PTI yang bengang itu.

Antara komen dan ulasan saya ada lah saperti berikut;
1)“Kini, Yong Teck Lee telah menconteng arang ke muka Musa Aman. Yong telah menentang BN sekali gus menentang Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman (DSMA) yang juga Pengerusi BN Sabah “.

Pada pendapat saya soal siapa yang menconteng siapa ini susah juga untuk di pasti kan.
Bagi saya Musa Aman juga terlibat dalam hal conteng menconteng ini. Selaku seorang ketua yang pernah menerima bantuan dari YTL pada suatu ketika dehulu, sepatut nya memain kan peranan sebagai orang tengah untuk menyelesaikan pertentangan pendapat antara SAPP dengan BN pusat.

Apa yang kita lihat dan dengar, DSMA Cuma mampu tunggu dan lihat. Sedang kan semua orang tahu bahawa DSMA pekah dengan apa yang berlaku Beliau seakan-akan lebih senang melihat ada nya pergolakan politik di sini.
Sesudah nasi telah menjadi bubur baru lah beliau pura-pura sibuk membuat kenyataan tentang pendirian beliau.
Sorry to say, it reflected a sign of poor leadership on the part of DSMA.

Mungkin kalau beliau bertindak
lebih awal untuk menangani hal ini, ia nya mungkin tak berlaku saperti sekarang.

2) “Soal nya kini, benar kah Yong Teck Lee dan SAPP nya memiliki kemampuan untuk menggoncang kemampuan BN Sabah?.”

Bagi saya jawapan nya tidak. However, saperti kata Datuk Seri Salleh Said (DSSK)kata “Biarpun barangkali SAPP dianggap sebagai parti kecil, dengan hanya dua Ahli Parlimen dan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), namun ia tetap memiliki pengaruh, pengikut dan penyokong tersendiri. “

Maana nya sebagai virus cancer, ia nya menular dan akan menjadi besar di suatu masa nanti. Kecuali BN Sabah mempunyai strategi, berupa immune yang boleh menghalang pergerakan YTLism ini.

Lagi rujuk pendapat DSSK “Apapun bagi BN, dengan tindakan SAPP itu, ia perlu lah mengambil langkah-langkah susulan “mengemaskan rumah” .Yang penting, BN kena bersatu dan memperkukuhkan jalinan persefahaman dalam berhadapan parti-parti alternatif, khusus yang menggunakan isu Sabahan. “

3)”Lebih malang bila terpaksa berhadapan dengan bekas-bekas ahli partinya. “I guess you mean, facing those “Reneges’ like Datuk Raymond Tan.

Untuk itu menurut DSSK , “Hal ini mesti diambil kira kerana ada penganalisis politik melihat Datuk Yong sebagai seorang `strategist’ politik yang bijaksana dan telah merancang langkah-langkah yang diambil itu dengan mengambil kira kesan dan impak nya jauh di hadapan.
Datuk Yong dikatakan tidak sekadar melihat apa yang berlaku pada hari ini, tetapi memandang hari esok dan hari-hari seterusnya dengan penuh berhati-hati. “

Huraian saya sama dengan DSSK, Datuk Yong selaku pakar politik pasti sudah ada senjata untuk berhadapan dengan reneges bila-bila masa.

4) “Mampu kah SAPP Merintis Jalan?
Sebelum saya jawab, saya kena buat andaian bahawa jalan yang di rintis ini bukan jalan JKR.
Tetapi jalan dalam erti kata laluan bagi parti-parti yang lain di Sabah ini untuk turut serta keluar BN.

Dengan andaian itu, saya rasa SAPP memang mampu. Cuma rate proses rantis merintis ini amat lambat. Kerana saperti yang saudara faham, feel orang kita belum begitu ghairah untuk katak melompat katak.

Mala ada juga yang belum bersedia untuk di jadikan kura-kura yang tidak mahu di buang ke dalam air kerana takut lemas nanti.
Sekian, dengan hormat

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)