Friday, September 12, 2008

Harapan DSAI mengotakan janji 16 september semakin tipis.

Mursyidur Am Pas YAB. Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan usaha menarik wakil rakyat melompat parti bagi menjatuhkan sesuatu kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat, adalah perbuatan tidak bermaruah.

MP Kota Belud, Datuk Abd. Rahman Dahlan menyipatkan perbuatan mensensasikan kejatuhan kerajaan BN dengan mengatakan bahawa seramai 30 atau lebih MP BN akan melompat ke PR dan berpaling tadah dari BN adalah juga tidak bermaruah. Walaupun Dato’ Ambiga Sreenevasan, Presiden Bar Council mengatakan bahawa tiada halangan dan tidak salah dari sudut perundangan Negara ini bagi seseorang MP menyertai mana-mana parti siasah yang lain yang sah mengikut kesukaannya, namun ianya sesuatu yang hodoh di sudut pandangan moral dan maruah.

Oleh itu kita dapat simpulkan bahawa sesuatu yang sah di segi perundangn negara ini tidak semestinya indah di sudut moral. Kiranya ada pihak tertentu yang melihat semua yang sah di segi perundangan itu indah belaka, maka janganlah mereka mempertikai ISA dan OSA yang juga sah di segi perundangan negara ini.

49 orang MP yang bercuti sambil belajar ke Taiwan adalah para individu yang faham sebenar-benarnya faham mengenai hak mereka sebagai individu yang waras. Saya yakin, kiranya benar sebenar-benarnya benar bahawa kalangan merekalah yang bakal melompat ke PR untuk menjatuhkan BN dan menjadikan DSAI sebagai PM Malaysia, tentunya kalangan mereka itu tidak akan menyertai rombongan itu ke Taiwan. Seandainya memang agenda besar mereka adalah untuk menjatuhkan BN, masakan agenda kecil, lawatan sambil belajar, menjadi pilihan mereka.

Saya amat yakin bahawa tindakan sebilangan pemimpin PR yang yang diketuai oleh YB Tian Chua, menyusuri 49 MP BN ke Taiwan hanyalah gimmik politik yang bertujuan mengumpul sisa sisa janji DSAI mengenai 16 September yang kini kelihatan bertebaran ditiup angin dan bakal tidak menjadi realiti dan bakal dijadikan isu sebagai satu pembohongan politik yang maha besar dalam abad ini. Kalau dilihat di spektrum yang lebih luas, lawatan itu menyelamatkan DSAI. Dia kini mendapat alasan yang wajar dan logik untuk mengubahsuai janjinya.

Anda tentunya masih ingat bahawa Tian Chua dan rakan-rakan MPnya pernah menunggang basikal menghadiri persidangan parlimen sedikit masa lalu sebagai bantahan terhadap kenaikan harga minyak yang mendadak. Dia amat pintar dan pakar bermain gimmik. Dalam satu sidang parliment, bila keadaan menjadi tidak tenteram, dia diam, tetapi bila menyuarat dewan hampir tenang dan hendak diteruskan beliau bingkas bangun tiba-tiba tanpa "point of order" dan bertanya soalan yang tiada kaitan langsung dengan mesyuarat..."Bolehkah saya tahu di mana PM berada sekarang?", hanya sekadar ingin menjadikan suasana persidangan menjadi kacau kembali. Tunggu dan lihatlah hasil susuran Tian Chua ke Taiwan.

Walaupun ramai yang tidak setuju sepenuhnya dengan program lawatan sambil belajar ke Taiwan itu, termasuklah saya, Namun para MP itu akan dapat melihat sendiri kemajuan Negara itu yang sering menjadi sebutan dan contoh dalam soal kepesatan pembangunan khasnya kemajuan teknologi pertaniannya. Sebaiknya lawatan seperti itu perlu dipertanggungjawabkan kepada para penyelidik, para pakar dan pegawai dari agensi-agensi yang berkenaan agar ianya benar-benar tersusun dan menjimatkan dana dan tenaga. lalu para MP dapat meninjau kawasan masing-masing.

Apapun yang berlaku, ternyata ada pihak yang tertentu yang sesungguhnya mengharap setinggi gunung akan janji DSAI menumbangkan BN. Mereka mahu semahu-mahunya parti pilihan mereka menjadi pemerintah. Dari sudut yang lain, sekurang-kurangnya DSAI mendapat talian hayat dan alasan bagi meredakan tuntutan dan kemahunan mengotakan janji 16 September, 2008 yang kelihatan kini semakin tipis untuk menjadi kenyataan tepat pada waktunya. Tepat pada janjinya.
......................
More..

http://sskeruak.blogspot.com/2008/09/antara-lawatan-menuju-taiwan-dan.html

http://afp.google.com/article/ALeqM5jO-nTyKnozon6EJe18hXhXalKyxw

4 comments:

solymone said...

SIAPA JANJI SIAPA ?
Well said SABAHKITA. Sesiapa pun yang benar-benar serius menghayati komen saudara dan tanpa mengikuti hati panas lagi emosi, rasa nya tidak banyak yang patut di petikaikan dari aspek logistik yang telah saudara chronicle kan.
Dari segi fakta, cukup hebat dan padat. Apa lagi bila saudara membangkitkan betapa penting nya soal moral dan maruah dalam hidup sesaorang pemimpin besar saperti DSAI dan Dato Ambiga Sreenevasan. So far so good.
LETS TALK POLITICS
However, saya ingin berkongsi pendapat di blog saudara yang mulia ini beberapa hal yang saya rasa perlu juga di ambil kira. Saperti the senario politik di sana sini maseh kini. Termasuk Negeri Di bawah bayu ini.
Bila saya tekan kan hal yang berkaitan dengan politik, saya maksud kan satu proses dan pergolakan yang dinamik. Satu-satu nya element yang boleh di gunakan sebagai senjata untuk mengubah. Literary speaking; “ You need to change or be change “ or otherwise I shoot you ( In this case I kill your carrier with my voting power) .
So much so, isu sama ada DSAI dapat mengulingkan kerajaan dengan menggunakan strategi katak si lompat katak tidak jadi persoalan yang penting lagi besar.
Apa yang akan menghantui BN ada lah bayang-bayang sendiri. Kelemahan pemimpin-pemimpin mereka yang telah menghancurkan impian rakyat selama ini dengan janji manis mereka.
MAGICAL SEPTEMBER 16
Bagi saya magik september 16 bukan satu tarikh yang fenomenal. Tarikh yang di nobatkan oleh satengah orang sebagai satu pertaruhan Jack Pot "Do or Die" (DOD). Atau pun platform untuk mencari kesalahan atau kebenaran. Saya tambah lagi; platform untuk mengetahui siapa pembohong besar.
Yang sabenar nya rakyat Malaysia nanti-nanti kan, ada lah kedudukan ekonomi kita di masa yang terdekat ini.
Harga beras macam mana? Minyak macam mana? Harga susu untuk anak-anak macam mana? Biasiswa maseh ada kah? Bonus maseh berterusan kah? Harga getah turun kah naik? Dan banyak lagi hal-hal yang harus kita fikir bersama. Bangun dan tidur pun fikir .
THANKS BUT NO THANKS
Kita di faham kan bahawa budget untuk 2009 terdapat banyak loop hole yang perlu di kaji semula. Kontrektor yang besar dan yang kecil kebanyakan hampir-hampir bankrupt.
Kalau pun ada yang bernasib baik dapat contract, namun terpaksa menunggu peruntukan untuk pembayaran claim, hingga satengah tahun.
PTI di hantar pulang, anak-anak tempatan yang ada hampir-hampir semua nya tidak cukup kebolehan sebagai mengganti. kerana tidak ada atau tidak cukup sekolah Vokasional yang relevan.
Mereka yang pernah mengikuti kursus , rasa hambar kerana tiada pekerjaan yang menunggu. Terpaksa menjelaja kehulu kehilir mencari peluang pekerjaan yang hampir-hampir tidak ujud.
Bilang ada koridor, tetapi apa yang kita nampak cuma kerja-kerja membaiki pulih struktur pembangunan yang sedia ada.
So, tarikh perlompatan MP BN ke PR itu tidak bermaana lansung untuk kita petikaikan.
Isu sebenarnya ada lah kegagalan kerajaan BN dalam mengenal pasti prioriti pembangunan yang boleh manfaatkan rakyat selama ini. Itu lah kunci sebenarnya. Bukan DSAI atau PR.

SABAHKITA said...

Saya tidak resah walaupun siapa yang ambil alih kerajaan. Rakyat Sabah majoritinya tidak resah. Mereka masih menjalani kehidupan seperti biasa dan normal. Saya cuma curious menantikan pengumuman DSAI mengenai nama-nama MP yang bakal menyertai PR. Kemudian siapa barisan kabinet beliau yang merealisasikan "Harapan Baru Untuk Malaysia"

SABAHKITA said...

Tampinai,
Sya tahu mail kamu dan siapa kamu. Nanti jumpa di Pirasanlah lepas saya pegi kelawat.

Kau punya PEGARI.

SABAHKITA said...

There're lessons need to be learned.

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)