Saturday, July 12, 2008

USUL UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP PAK LAH DAN KABINETNYA: Antara Rusa dan Bola Di Tangan Pak Amin.

Presiden PKR cum Ketua Pembangkang telahpun mengemukakan niat PR untuk mengemukakan usul undi tidak percaya kepada kepimpinan Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dan Barisan kabinetnya kepada Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia @ Pak Amin. Pak Amin kata dia nak balik Kota Belud dulu tengok burung untanya, kerbaunya dan kambingnya. Hari Isnin rakyat Malaysia akan tahu kedudukan usul itu.

Niat PR untuk mengemuka usul itu ditunaikannya. LKS kata usul itu bagi menguji, melihat dan seumpamanya samada sokongan terhadap kepimpinan Pak Lah dan Barisan Kabinetnya masih ada atau sebaliknya. Usul ini bagaikan tidak menekankan unsur pengambil alihan kuasa dari Barisan Nasional oleh Pakatan Rakyat. Ianya juga dilihat sebagai projek amali dan reaksi PR setelah Pak Lah memutuskan bahawa Dato Seri Najib Tun Razak bakal mengambil alih pucuk pimpinan UMNO, BN dan PM Malaysia menjelang Jun 2010. Seolah-olah Pak Lah menyatakan pesanan rengkas bahawa dia masih PM Malaysia menjelang Jun 2010.

PR seakan risau melihat keputusan Pak Lah akan menjadi kenyataan menjelang tarikh itu. Lalu belantan, ujikaji, pancing diguna untuk menghalang rancangan dan gagasan 2010 itu. Kedudukan usul itu terpaksa kita tunggu bersama menjelang Isnin nanti.

Bola di tangan Pak Amin. Belum ada siapa yang berani merampasnya. Dia bengis, pandai silat dan banyak haiwan ternakan untuk dilawat. Beberapa bulan lalu, rusanya terlepas dari kandang. Katanya nantilah dia akan buat keputusan samada ditembak saja atau dibiarkan bebas mereda hutan simpanannya. Tidak pastilah samada dia akan buat keputusan “tembak” Isnin ini juga.

Pak Amin sebuk jaga haiwan ternakan ini dan tak lagi sebok fasal rakyat Tempasuk dan UMNO Bahagian Kota Marudu sebab Musa Aman singkir dia, Salleh Tun Said dan Amir Kahar Tun Mustapha. Namun silat politik Pak Amin susah ditepis. Dia susah dan payah disingkir dari politik sebagai orang yang tidur bermimpi politik, bernafas angin politik, minum air dijampi politik dan serba serbinya pun masih berpolitik. So, hal-hal lain boleh advice dia, soal politik jangan coba-coba!.

Usul Ketua Pembangkang seolah-olah memaklumkan kepada kita bahawa peristiwa 16 September, 2008 diawalkan. Macam pengumuman kenaikan harga minyak yang diumumkan awal, bukan pada Ogos 2008.

Timbul berberapa persoalan apabila kononnya niat usul ini BUKAN menjatuhkan atau menggantikan kerajaan tetapi sekadar menguji bahawa sokongan itu masih ada atau tiada. Alasan Ketua PR disandarkan pada PRU12 yang sudahpun memberikan isyarat bahawa BN hilang 2/3 majoriti; kemenangan 140 kerusi MP oleh BN “main tipu”; system kehakiman tidak ada akauntabiliti dan PM memilih tindakan tidak popular dengan menaikkan harga minyak petrol sehingga 43% dan Diesel sehingga 63% sekalugus membebankan rakyat Malaysia.

Persoalan pokok ialah 16 September 2008 semakin hampir. Kiranya DSAI memiliki “number” itu @ 30+ kerusi MP BN yang menyeberang ke kapal PR, kenapa perlu dan mustahak dilakukan proses “tabung uji”? Bukankah langkah mengunakan kaedah ujikaji @ usul tidak percaya ini bakal memadamkan tarikh 16 September, 2008 dari kalendar dan agenda besar PR? Bukankah ujikaji yang dikemukakan Datin Seri Azizah itu bakal meranapkan impian Dato Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke enam menjelang 16 September nanti? Atau memangnya apa yang dikatakan DSAI itu sekadar maya?.

Sebenarnya, usul ini bakal menampakkan kepada rakyat samada kerajaan akan bertukar atau sebaliknya. Ianya dikemukakan tanpa niat tukar kerajaan itu bagaikan sebuah gambaran kepada kita bahawa PR masih kabur menumbangkan BN. Agaknya nawaitunya kurang tepat!

kami tak sabar menunggu arahan tembak rusa dari Pak Amin. Debaran kami dan rakyat lebih menanti Isnin bilamana Pak Amin melepaskan bola di tangannya. Isnin ini bakal menentukan masa depan Malaysia. Masihkah ada Harapan Baru untuk Malaysia atau tak ada harapan lagi?

Saya juga nak ajak SAPP memburu kiranya Pak Amin buat keputusan untuk rusanya ditembak!.

3 comments:

Anonymous said...

Everyone must aware that the wimp system practised by BN will always as log as BN still the govt of the day. Simple mathematic 81+1+2(from indicisive SAPP) against 140-2. Sure its going to be defeated coz some PAS MP cant take or adapt DAP norm vis a vis. So whats the use?!. People will only view the motion as the act of desperation. A very simple mathematic. Max 84 VS 138 is a lost lost situation..

amun said...

what do you about politic? same that you knew what is in pandikar amin mind

SABAHKITA said...

Dear Amun, Yes I do. Thank you for your comment and thank a lot for "sailing" in my blog.

About This Blog


Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

"Of all the enemies to public liberty war is, perhaps, the most to be dreaded because it comprises and develops the germ of every other. War is the parent of armies; from these proceed debts and taxes...known instruments for bringing the many under the domination of the few. . . No nation could preserve its freedom in the midst of continual warfare."
- James Madison, Political Observations, 1795

santapan rohani ii

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائيErtinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

PEGANGAN

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27

"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

bermubahalah

“Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)